Saturday, May 12, 2007

Penternakan Kambing Satu Peluang


Penternakan Kambing

Kambing telah digunakan sebagai sumber makanan seperti daging, susu dan keju dan kulitnya untuk membuat pakaian, sarung tangan, kasut dan khemah terutama di negara-negara sedang membangun. Untuk mempertingkatkan kecekapan pengeluaran, baka-baka kambing yang lebih khusus untuk pengeluaran daging atau susu telah dikeluarkan melalui proses pembiakbakaan. Melalui proses pemilihan, rupabentuk kambing telah dipilih untuk menyesuaikan fungsi utama baka-baka kambing seperti bentuk badan yang besar dan mampat untuk pengeluaran daging (contoh seperti kambing Boer) dan pembentukan tetek yang lebih besar untuk kambing tenusu (contoh seperti kambing Saanen). Kambing merupakan ternakan yang mudah menyesuaikan diri di pelbagai iklim dan juga dipelbagai keadaan tanah dari gunung yang tinggi hingga ke kawasan padang pasir. Ia terdapat di kawasan iklim sejuk dan juga panas.

Bilangan ternakan kambing di Malaysia telah menurun dari 284,257 pada tahun 1990 kepada 196,777 pada tahun 2002. Pada tahun 2001 nilai import ternakan kambing/biri-biri dan daging kambing/biri-biri adalah sebanyak RM101.99 juta dan kadar saradiri hanya 5.92%. Malaysia terpaksa mengimport 94% keperluannya untuk memenuhi permintaan ternakan dan daging kambing/biri-biri. Jika dilihat dari perangkaan-perangkaan ini, penternakan kambing adalah satu bidang yang berpotensi besar dan boleh dikomersilkan. - MARDI

Berkehendakkan kambing seperti foto di atas e-mel kepada nanzl@yahoo.com.my atau hubungi Nordin bin Misnan di
189 Sungai Koyan Kuala Lipis Pahang.

No comments: